Rahsia Mata Wanita

Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati….. Mata juga mengungkap pelbagai makna….firasat tersirat. Namun firasat ini hanyalah sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia pusaka Melayu lama yg kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar WANITA. Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin sekadar kebetulan semata-mata….

SIFAT MATA WANITA SIKAP WANITA

Saiz mata kecil
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

Saiz mata sedang
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

Saiz mata lebar
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Mata selalu berkedip
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik

Mata jarang berkedip
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjaw ab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

Mata cengkung
Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata redup
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

Matanya seolah tersembul keluar
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

Cara Makan Membongkar Perangai Si Dia

Perhatikan gaya teman kamu makan! Masing-masing ada gaya yang tersendiri. Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada! Ha… jangan tak tahu. Gaya makan si dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar si dia. Apa kata kita selidik. Perhatikanlah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan. Barulah kamu boleh menilai peribadinya.

Makan dengan tenang :

-Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih ‘minat’ dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun disebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam! membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!

Asyik belek makanan :

-Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!

Serius ketika makan :

-Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi ‘wujud’ di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu ‘hilang’ sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!

Makan sambil borak :

-Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. ‘Angin satu badan’lah pulak!

Makan sambil kerap tengok jam :

-Tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak ‘dikejar’. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti ‘on time’ dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.

Makan sambil merungut :

- Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, macam kat cafe….. , kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu. Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis kat cafe atau di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas u all nanti!

Rahsia Personaliti Kita

Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk yang dinamik, ia terus berkembang dan boleh berubah. Mengenalpasti personaliti diri adalah merupakan satu aset penting untuk kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti yang terbentuk dalam diri kita maka lebih mudah kita menyesuaikan diri kita dengan persekitaran. Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan kajian dalam bidang psikologi.

a) Personaliti Periang

Seseorang yang periang akan mudah bergaul dgn orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan org lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dlm hidup. Mereka biasanya:

1. berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain
2. lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dgn dunia dlm diri mrk sendiri atau berfikir dengan idea sendiri
3. lebih suka berbincang dengan org lain dlm mencapai keputusan berbanding membuat keputusan sendiri
4. lebih banyak bercakap dari mendengar
5. berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah
6. gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain
7. Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak

b) Personaliti Pendiam

1. lebih suka menyendiri
2. sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan ssesuatu yang mereka sukai
3. mudah merasa diketepikan dalam keramaian
4. lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian
5. menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu
6. seorg pndengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain

c) Personaliti Perasa

1. mahu jawapan yang pasti dan tepat
2. suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak
3. suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak
4. mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh
5. lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu
6. kurang mempunyai firasat

d) Peramal

1. gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa
2. selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan bijak mengenalpasti peluang baru
3. tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh
4. gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut
5. sering memberi jawapan berbentuk umum
6. gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang masa
7. banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan
8. suka menguji kebolehan orang lain

e) Personaliti pemikir

1. mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang
2. sering bertenang wpun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik
3. yang penting dia mestilah benar setiap masa
4. kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik
5. baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus kerja peribadi
6. suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan

f) Personaliti sensitif

1. sering mmbayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah simpati dengan perasaan,kehendak dan
kesukaan orang lain
2. dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yg orang lain rasa dan bukan apa yang betul
3. suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan
4. tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain
5. akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain

Tanda-Tanda Wanita Tergoda

Dia Tidak Senang Duduk
Sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya. Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan hasil kerana ‘pintu’nya telah terbuka untuk anda. Biasanya tanda-tanda awal ini ditunjukkan dengan berjalan mundar-mandir di belakang anda atau tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling manja. Walaupun dia sekadar mengatakan ‘Maaf!’, itu adalah petanda yang perlu diberi tindakan segera.

Tunjuk Minat
Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak munasabah, dia masih memberi komen membina. Setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Sama ada anda memang pandai berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda. Lebih jelas lagi jika dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali berbicara. Jika anda kurang yakin dengan maksud tersirat yang cuba disampaikan, dapatkan pandangan rakan yang ada bersama anda.

Anda Diperkenalkan Kepada Rakannya
Bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya: ‘Ini aku punya’, dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Jadi pastikan anda turut mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai dia cemburu.

Dia Menjual Dirinya
Jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki.

Bersikap Terbuka
Biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang peribadinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan percayakan anda barulah segalanya akan diceritakan. Anggaplah ia sebagai petunjuk utama tentang keinginannya, terutama jika perihal jenama pakaian dalamnya juga turut diceritakan.WOW!

Membayangi Anda
Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi menjadi seperti bayang-bayang anda. Ke mana sahaja anda pergi, pasti dia akan mengikuti anda. Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda walaupun tiada kena mengena dengan dirinya. Dia sebenarnya sedang lemas dengan keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk menunjukkan kemahuannya agar tidak ‘lemas’ lagi.

Anda Diajak Ke Tempat Lain.
Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi bersama anda. Mungkin untuk berkenalan dengan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaanya terhadap anda. Kata-kata manis dan bicara anda bukan lagi soal utama baginya. Anda menjadi pilihan utama sebagai teman lelaki baginya.

Ciri Gadis Idaman Lelaki

BENARLAH kata-kata sikap lelaki memang sukar ditelah. Perangai mereka ada kalanya memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya.

Anda perlu menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya demi meraih cintanya. Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuat dia tertawan.

Untuk merasai lebih dicintai, anda sendiri harus mengetahui apa yang disukai lelaki pilihan anda itu. Jika lelaki sukakan wanita yang memenuhi cita rasanya, cubalah belajar mengenali hati lelaki.

Mana tahu sikap anda yang pandai mengambil hati, tidak mementingkan diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor lelaki itu memuja anda suatu hari nanti.

Lelaki juga tidak suka wanita yang mengada-ngada selain wanita yang agak ganas dalam bergaul.

Untuk itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi wanita yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana anda tidak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki cepat muak atau meluat.

Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci.

Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

Suka dimanja.
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.

Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

Jangan ganas
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

Jangan terlalu baik
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

Jangan perasan
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

Sikap keibuan
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

Gaya kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

Jangan kuno
Jangan bersikap terlalu kuno.

Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

Jangan tunjuk lemah
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

Petua Mengetahui Cinta Suami Isteri

Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap-sikap seperti di bawah
ini, itu membuktikan bahawa cintanya terhadap kita sungguh mendalam:

1. Isteri mencintai kita dengan sesungguhnya biasanya perasaannya
tetap dan stabil terhadap suaminya. Suami tidak akan menemui sikap
isteri pada minggu ini atau bulan ini sangat menyintai sedangkan pada
masa yang lain, ia berubah. Ia tidak menuntut sesuatu kepada suami baik
tentang gaya dan sebagainya.

2. Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi
perhatian khusus antara sesamanya. Selalu berbincang, humor serta
selalu membuat sikap-sikap yang lucu. Suami isteri selalu saling
mendorong untuk menjaga badan dan kesihatan.

3. Suami isteri yang betul-betul saling mencintai akan menunjukkan
cintanya dengan tingkah laku yang lemah lembut setiap hari. Membantu
menyiapkan pekerjaan peribadi dan rumahtangga secara bersama.

4. Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta dan kasih
sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta, seperti sayang
atau I love you ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan.

5. Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, ia tidak
akan melukai atau menyakiti hati suaminya. Ia juga tidak mengungkapkan
kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti “Kamu tidak pandai
mengurus badan,” Atau “Kamu terlalu gemuk atau kurus,” serta
ungkapan-ungkapan lain.

6. Pasangan yang saling mencintai, apakah isteri sangat menyintai suami
atau sebaliknya, akan selalu memberikan pujian yang sesuai baik dalam
bentuk kata-kata mahu pun perbuatan.

7. Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik, dengan
wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami
memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian
pelukan itu disambut baik oleh isteri.

8. Setiap keberhasilan dan kejayaan selalunya mereka rasakan dan
nikmati bersama. Misalnya diungkapkan dengan menepuk bahu isteri sambil
memeluk dan menciumnya sebagai hadiah kejayaan.

9. Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak
akan berbicara sebelum pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan
memotong setiap perbicaraan suaminya. Ia baru akan berbicara bila
diminta untuk memberi cadangan.

10. Suami isteri sanggup menerima kekurangan-kekurang an di antara
mereka. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat
keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Ia tidak sekadar
menyintai suaminya lantaran suami pandai mencari harta dan wang.

11. Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara sesama
mereka. Tetapi selalu membahagikan rasa suka dan duka untuk
diselesaikan bersama.

12. Pasangan yang bercinta sedar perkara-perkara yang dapat
merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan
masing-masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah
rumahtangga ketika suami sedang letih akan menimbulkan kemarahan suami.

10 Hadiah

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai
diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi,ibu, bapa, suami,
isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih
menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan
kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.
1. Hadiah Mendengar:
Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.
2. Hadiah Tanda Kasih:
Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan
tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri
kamu.
3. Hadiah Sehelai Nota:
Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti
sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh
orang yang dikasihi.
4. Hadiah Ketawa:
Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”
5. Hadiah Puji-Pujian:
Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau
“Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang
mungkin merasa dia istimewa.
6. Hadiah Bantuan:
Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.
7. Hadiah Bersendirian:
Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.
8. Hadiah Keceriaan:
Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.
9. Hadiah Riadah:
Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.
10. Hadiah Doa:
Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

source:megasutra.com

Petua Untuk Suami Isteri

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri s eda ng makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga s eda ngkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak s eda ngkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. . Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Oleh Dr Fadhilah Kamsah

Tips Memilih Pasangan

Kebanyakan daripada rumahtangga runtuh yang bermasalah sejak hari
pertama tak lain tak bukan adalah kerana kedua-dua orang yang terlibat
tersalah pilih pasangan, itu sahaja. Pilihan pasangan hidup anda adalah
lebih penting dari apa jua yang anda lakukan untuk membahagiakan rumah
tangga anda. Itu mungkin bunyinya seperti mudah sahaja dilakukan,
tetapi anda akan terkejut dengan peratusan tinggi orang yang tidak
sabar sabar melangsungkan perkahwinan sehingga mereka tidak menumpukan
masa dan usaha yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik. Jika
anda ingin memastikan perkahwinan yang memuaskan dan berkekalan,
timbangkan faktor-faktor berikut:

1. TEMPOH MASA PERKENALAN

Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama dua
tahun atau lebih kesemuanya lebih berpuas hati dengan perkahwinan
berbanding pasangan yang berkenalan dalam jangka masa yang lebih
pendek. Apabila pasangan bersedia mengambil keputusan yang melibatkan
perkahwinan selepas hanya berkenalan selama beberapa bulan, keputusan itu kebanyakannya lebih berdasarkan khayalan dan kurang berdasarkan hakikat .

2. MEMILIH PASANGAN SENDIRI

Orang sering memilih pasangan semata mata untuk menggembirakan orang
lain - ayah , ibu atau kerana orang menyuruh mereka berkahwin. Tetapi
amat penting agar orang yang hendak kahwin itu sendiri gembira dengan
pilihannya. Keputusan anda hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan
impian anda sendiri. Anda juga patut mendengar pendapat sahabat handai
dan kaum keluarga dengan teliti, tapi jangan sampai biarkan orang lain
memilih pasangan hidup anda.

3. HARAPAN YANG TIDAK WAJAR TENTANG PERKAHWINAN

Kebanyakan rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka
impikan sebelum berkahwin. Ramai lelaki dan wanita memasuki alam
perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua
keperluan mereka dan bahawa perasaan romantik mereka semasa bercinta
akan kekal abadi. Sebenarnya rumah tangga yang bahagia memerlukan
begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.

4. MASALAH KEPERIBADIAN DAN TINGKAH LAKU

Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila anda berkahwin.
Jika terdapat cirri-ciri keperibadian dan tingkah laku pasangan anda
yang menimbulkan persoalan, seperti cemburu, panas baran, tidak
bertanggungjawab, tidak jujur dan degil. Tanya diri sendiri sama anda
sanggup untuk menghabiskan masa anda sehingga ke akhir hayat untuk
menangani masalah ini. Nyata sekali ,jika pasangan yang dalam
pertimbangan itu menghadapi masalah dadah, kaki botol dan sebagainya
,anda sepatutnya memastikan masalah itu telah diselesaikan jauh lebih
awal sebelum perkahwinan anda.

5. BANYAK PENGALAMAN HIDUP

Pemilihan pasangan hidup melibatkan ramalan tentang bagaimana anda
berdua akan hidup bersama sepanjang tahun tahun akan datang. Pengalaman
disini bukan bermaksud usia .Pengalaman yang dilalui tidak bergantung
dengan usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita mengharungi susah
senang bersama amat bermakna dalam perhubungan. Jika boleh lalui waktu
waktu susah dan senang bersama pasangan anda. Ambil contoh yang mudah saja ,misalnya melalui lalu lintas yang sesak, jalan jalan kampung yang becak . Dari situ dia akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenarnya.

6. BAYANGAN ORANG YANG INGIN ANDA KAHWINI

Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya , namun ia amat
mempengaruhi anda. Bayangkan dengan jelas sifat-sifat orang yang ingin
anda kahwini. Fikirlah dengan panjang dan mendalam tentang faktor -
penampilan, kepintaran, pendidikan , kerohanian dan sebagainya.
Pemikiran bawah sedar anda boleh menghantui sesuatu hubungan .
Berpeganglah pada bayangan anda ini, jika tidak anda akan menginginkan
orang lain buat selamanya.

7. PASANGAN YANG BERSIFAT SEAKAN AKAN DIRI ANDA

Pasangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan sifat nya ,
akan memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan rumahtangga yang
dibina kekal bahagia.Lebih banyak memerlukan toleransi dan pemahaman.
Tak ramai pasangan mampu bertindak sebegini.

8. MEMPUNYAI CITA-CITA YANG SEIRING

Jika orang yang anda kahwini bercita cita jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada anda, mungkin anda berdua akan kecewa. masalah akan timbul jika anda berusaha mendaki puncak kejayaan tetapi pasangan anda telah berpuas hati dengan apa yang telah anda berdua miliki.Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika sedang melamar, tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan.

9. KEBOLEHAN BERKOMUNIKASI

Kebolehan berkomunikasi sangat penting demi kebahagian rumah
tangga.Kesejahteraan perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi
suami isteri. Adalah penting kedua dua pasangan menguasai kemahiran
bertutur dan mendengar. Banyak rumah tangga hancur kerana masing masing
tidak pandai menyatakan hasrat masing-masing dengan cara yang boleh
diterima oleh pasangannya. Hasrat dipendam tanpa komunikasi berkesan.

9. KEBOLEHAN MENYELESAIKAN PERTELINGKAHAN

Pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sebelum mereka berkahwin. Jika pasangan tidak tahu cara yang berkesan untuk menangani perselisihan pendapat antara mereka,rumah tangga mungkin akan runtuh. Banyak rumah tangga runtuh kerana suami isteri tidak tahu menangani perbezaan diri mereka berbanding sebab sebab lain. Amat perlu menilai kemahiran perdamaian masing-masing sebelum berkahwin

Tips ini sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja yang bercadang untuk memilih
pasangan hidup. Kalau nak tambah “cawangan” juga bleh baca, barangkali
pilihan dahulu tidak mengikut sebarang garis panduan. Barang kali kini baru nak pilih yang betul-betul sesuai dengan diri.

Manusia sering kali tersilap ketika membuat keputusan, penyesalan biasanya akan ada selepas keputusan dibuat. Jadi disini saya beri tips yang saya kira
amat sesuai dengan cuti sekolah, raya yang semakin hampir, di mana ramai antara kita akan melangsungkan perkahwinan diwaktu yang sebegini.Harapan saya agar pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan akan membuat keputusan yang betul dan tepat. jangan menyesan dikemudian hari. Ingatlah “cinta itu buta” dan orang yang bercinta biasanya “buta” dalam membuat keputusan.

Selamat memilih pasangan dan seterusnya melangsungkan perkahwinan.

source: Megasutra.com

28 Sebab Mengapa Lelaki Masih Membujang

1."Duit dah tak ada" Padahal duit disimpan untuk membeli pakaian yang berjenama.

2."Nak beli kereta mewah dulu baru nak kahwin" Padahal kerja bertahun
dan penat lelah tetapi masih tak cukup nak beli kereta mewah.

3."Susahla nak cari yang berkenan dihati" Padahal memilih sangat, xnak yang gemuk, kurus sangat pun tak suka.

4."Tak datang seru lagi kot" Padahal awek keliling pinggang.

5."Banyak sangat halangan" Padahal diri belum bersedia.

6."Belum bersedia la" Padahal cukup segala syarat2nya.

7."Ilmu tak cukup la" Padahal dah ada master atau PHD.

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi.Kalau dapat
isteri yang 2×5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua
dosa isteri,dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa
steri" Padahal tak pernah usaha untuk tingkatkkan diri sendiri dan
mencari ilmu secukupnya dan xpernah mencuba pun.Padahal Allah dah
berfirman yg bermaksud Lelaki yg baik untuk perempuan yang baik dan
bergitulah sebaliknya.

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan" Padahal tak reti pon nak bercinta.

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la" Padahal tak buat kerja apa pon.

11."Busy la,banyak keje nie" Padahal pentingkan kerja daripada menunaikan sunnah nabi.

12."Jodoh tak sampai lagi kot" Padahal jodoh dah ditentukan Allah cuma perlulah berusaha.

13."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak abih2 nak
merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" Padahal memang dah lumrah
alam sebab marah tandanya sayang.

14."Yelah memang la marah tu tanda sayang tapi saya xsuka la, lepas tu
dia heret kita kehulu kehilir" Padahal suka bagi muka kepada orang tu
dan tak terangkan dengan jelas apa yang kita suka dan tidak suka.

15. "Dah bagitau dah,ni kita suka dan ni kita tak suka,tapi masih dia
buat juga yang kita tak suka" Padahal tak pernah ambil tau tentang apa
yang disukai oleh org yang kita sukai.Sedangkan kita selalu buat
perkara yang org lain tak suka.

16."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la" Padahal banyak baca buku2 novel yg berunsurkan sedemikian.

17."Ppuan nie suka pasang ramai org sangat" Padahal ramai artis2 ppuan
yang dipujanya dan bila jumpa ppuan cantik mula nak terhegeh-hegeh.

18."Ppuan memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak" Padahal pentingkan diri sendiri.

19."Nak carik yang solehahlah" Padahal diri tak pernah solat dan quran tak pernah nak baca.Kuliah agama selalu uzur je.

20."Suka yang pakai tudung labuh je" Padahal masih pakai seluar pendek,mandi masih ikut style koboi.

21."Nak dapat yang berkekalan sehingga keakhir hayat" Padahal suka
cemburu, suka boros, suka pada yang cantik saja, suka pada yang kaya
saja.

22."Masalah la" Padahal dah tahu WORLD IS STAGE OF PROBLEM.

23."Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la"
Padahal belajar2 tak pernah nak lulus. Asyik mengabaikan pelajaran
sebab dating selalu. Memang dah dungu dah…. (kueng kueng kueng….:o))

24."Saya suka sangat kat dia,tapi dia tak suka kat saya" Padahal bunga bukan seekor, kumbang bukan sekuntum.

25."Tak mau la bercinta,dok seorang lagi seronok,tak lah dikongkong,
tak akan terluka,jimat duit sikit". Padahal mengeluh bila kesunyian,
dan mula nak feeling gila-gila.Cemburu tengok org kahwin. Pantang
tengok perempuan atau lelaki cantik.

26."Payah la nak jaga hati masing-masing" Padahal makan hati banyak
sangat, sensitive sangat,lepas tu banyak makan sarang tebuan, lepas tu
suka sangat main hujan,main api,main mata, main2.dan sebagainya.

27."Dah usaha dah, dah mandi bunga dah, dah cukup semua syarat2,tapi
satu pon tak lekat.Memang dah tak ader jodoh kot" Padahal tak ada
keyakinan diri, tak ada kepercayaan pada org lain.Suka dengar cerita
daripada org lain, suka buat orang yang kita sukai meluat, perangai
macam setan, suka berjudi.

28."Ramai sangat la yang suka mana satu nak pilih nie susah lah" Padahal tau boleh kawin sampai 4 ikut sunnah

source: Megasutra.com

Next Page »